1
KEPULANGAN
Seorang permuda keluar dari KLIA sambil menolak troli yang
penuh dengan bag pakaian. Setibanya dia di pintu seorang lelaki tua datang
menjemputnya “Selamat pulang tuan Ijui, macam mana pernerbangan tuan??” kata
lelaki tua itu. “Biasa la pak kasim penat sikit” kata permuda yang bernama Ijui
itu. Mereka berjalan menuju ke sebuah kereta yang dipandu oleh Pak Kasim dan
bertolak ke pulang ke rumah. Semasa perjalanan jui melihat ibu kota Kuala
Lumpur yang telah maju jika nak dibandingkan dua belas tahun yang lepas. Pak
Kasim yang memerhati Ijui melalui cermin sisi kereta menegur Ijui “ apa yang
tuan tengok tuh?”.Ijui tersenyum dan menjawab “ Kuala Lumpur dah maju dah
sekarang ni Pak Kasim”. “Negara memang dah maju tapi pemikiran masyarkat tak
maju-maju lagi”. Ijui Cuma menangguk tanda setuju dengan orang tua itu. Di
sepanjang perjalanan Ijui lebih banyak mendiamkan diri dan memerhati ibu kota
negaranya yang sudah lama dia tinggalkan.
Kereta yang dipandu Pak Kasim telah sampai satu kawasan
perumahan yang mewah. Pak Kasim memberi hon kepada pengawal yang menjaga kawasan
perumahan itu tanda menyuruh mengangkat palang besi untuk masuk ke kawasan
perumahan tersebut. Setelah pengawal mengangkat palang besi automatik itu Pak
Kasim terus memandu ke rumah banglow yang besar dan mewah. Kereta diletak kan
di tempat letak kereta yang boleh memuatkan lima buah kereta. Selepas selesai parking Pak Kasim turun mengeluarkan beg pakaian oleh Ijui. “Pak Kasim tak
apa biar saya yang angkat” kata Ijui kepada Pak Kasim yang kesian melihat orang
tua itu mengangkat barang –barangnya. “Eh! Tak ape la tuan biar Pak Kasim yang
buat tuan baru sahaja sampai mesti penat lagi pun kalau Puan Sri tahu mesti dia
marah dekat Pak kasim” kata Pak Kasim. Tetapi Jui tidak sampai hati melihat Pak
Kasim mengangkat barang-barangnya. Kebetulan tukang kebun yang berkerja dengan
mereka iaitu Abang Murad lalu disitu. “Abang Murad, tolong Pak Kasim angkat
barang saya masuk ke dalam”. Kata Ijui kepada Abang Murad. Abang Murad segara
pergi menolong Pak Kasim. Sebelum itu Ijui sempat bersalam dengan Abang Murad
yang sekian lama tidak jumpa setelah Ijui sambung belajar di United Kindom dua belas tahun yang lepas. Mak
Jah yang sedang masak terdengar bunyi
bising dari luar pun pergi depan untuk melihat apa yang berlaku. Mak Jah yang
berada di depan pintu tersenyum melihat Ijui sudah pulang. Ijui pergi ke arah
Mak Jah dn terus memeluk Mak Jah yang sudah lama dia tidak jumpa, Ijui kenal
Mak jah sejak dia pindah ke rumah itu. “Mak Jah apa khabar ? Lama tak jumpa
rindu giler” kata Ijui sambil memeluk Mak Jah. “ Khabar
baik Ijui, Mak Jah sihat. Ijui macam
mana dekat sana cukup makan tak?” jawab Mak Jah. “cukup la tengok badan Ijui
nie, tapi Jui rindu masakkan Mak Jah”. Kata Jui sambil menunjukkan badan
tegapnya . “Mari la kita masuk, Mak Jah ade masakkan makanan kegemaran kamu”.
“Wah mesti sedap ni? Jom la tak sabar pulak nak makan”. Kata Ijui sambil
membuka kasut sejurus mendengar kata Mak Jah itu.
No comments:
Post a Comment