****
“Abang, jangan lupa balik awal hari ni”. Kata Puan Sri Nora
kepada suaminya, Tan sri iskandar. “ Ada ape dekat rumah hari ni? Yusuf dengan sabrina
nak datang ke?”. Tanya Tan Sri Iskandar sambil menaip komputernya. “abang lupa
la tu,kan Ijui balik malaysia hari ni dah sampai dah pun dekat rumah”. Kata
Puan Sri nora. “ya allah abang lupa la.” Kata Tan Sri Iskandar sambil menggaru-garu
kepalanya. “jangan lupa balik awal.”
Kata Puan Sri sambil menuju ke pintu hendak keluar. “okay honey i will.” Kata Tan Sri Iskandar kepada Puan Sri. Puan Sri
Nora menuju ke kereta selepas berjumpa dengan suaminya. Semasa dia menuju ke
tempat kereta dia ditegur oleh seorang perempuan yang cantik. “assalamualiakum auntie, ingat saya lagi tak?” tegur
perempuan itu. “waalaikumussalam, ermm mcm pernah jumpa la dkt mana ya?” kata puan sri nora yang sedang meingati wajah
perempuan cantik itu. “auntie ini syahira
la kawan Ijui dekat kampung dulu.” Puan Sri nora meneliti wajah wanita yang
sangat cantik itu “Ya Allah Syahira! Dah besar dah sekarang cantik pulak tuh
macam model.” Gurau Puan Sri nora. Syahira terseyum malu atas pujian yang
diberi oleh Puan Sri Nora. “okay la Sya auntie nak kena cepat nie Ijui tunggu di
rumah baru sampai semalam.” Kata Puan Sri Nora. Syahira agak terkejut dengan
apa yang disampaikan oleh Puan Sri Nora. “Ijui balik Malaysia auntie?” tanya Syahira dengan perasaan
gembira mendengar sahabatnya yang lama berpisah
sudah balik Malaysia. Puan Sri Nora mengangguk sambil tersenyum. Syahira
lantas membuka handbag dan
mengeluarkan kad nama yang berserta nombor
telefon lantas diberikan kepada Puan Sri Nora. “auntie ini nombor telefon Sya tolong bagi dekat Ijui.”sambil
tersenyum. Puan Sri Nora melihat kad nama tersebut “ Okay nanti auntie bagi dekat Ijui, Auntie kena pergi dulu nak pergi beli
barang.” Kata puan sri nora kepada syahira. Syahira mengangguk dan bersalam
dengan puan seri nora. Syahira berjalan menuju ke salonnya sambil tersenyum
kerana tidak sabar memberi tahu rakan-rakan yang lain berita gembira ini.
Syahira mengambil telefon pintarnya yang berada dia atas meja sambil tangannya
pantas skirn di telefon pintarnya.
Didalam group whatsapp
Syahira : omg guys!!!
Adawiyah : why Sya ? salam pun tak bagi tiba2 omg.
Zharfan : waalaikumussalam sya, hehehe..padan muka
kena marah dengan yaya :p
Syahira : asalammualaikum, hehehe... Sory2 aku
terlampau happy sangat la yaya. Mne az nie aku ade berita penting nak bagi tahu
nie.
Fawwaz : waalaikumusalam, ye saya. Aku busy sikit
hari ni.cepat la bagi thu, aku ade meeting pulak lepas nie.
Zharfan : entah dia ni ingat aku tak ade keje lain
ke nak hadap phone 24 jam.
Syahira : hek eleh!
kecoh arh kau An. Kau mesej girlfriend2 kau ade pulak masa.
Zharfan : mulut kau
boleh tahan bisa jugak kan?
Adawiyah : guys,
jangan gaduh. Apa yang nak bagi tahu kitaorng? Hari nie yaya busy sikit banyak
patient yang datang.
Syahira : okay2, sya
nak bagi thu yang jui dah balik!!!!!yeay suprise tak?
Zharfan : ha! Serius
arh??
Adawiyah : ha!biar
betul nie kau mne kau thu.
Fawwaz : kau jumpa dia
ke kau?
Syahira : taklah puan
sri nora bagi tahu, aku terserempak dengan dia.
Zharfan : habis tuh
kau mintak nombor telefon dia tak sya?
Syahira : tak mintak
pun tapi aku ada bagi no telefon aku dekat auntie nora, aku suruh bagi dekat
jui. Nanti dia call la tuh.
Fawwaz : nasib baik
kau pandai sya
Syahira : kau fikir
aku lembab sangat ke?
Adawiyah: aku harap
dia tak lupa kan kita larh.
Fawwaz : sikit la,
hehehe. Insyaallah yaya dia tak akan lupa kita.okay guys aku ada meeting nie
kita sambung lain kali.
Zharfan : insyaallah
dia ingat kita. ala takkan dah nak belah dah. Ni yang aq nak merajuk ni.
Syahira : kurang ajar
kau kan az. Aku yakin jui masih pegang pada janji dia.nak merajuk-merajuk gi
duduk dalam peti sejuk. Okay bye guys love you alls!!!
Adawiyah : aku harap
macam tuh larh. Bye, aq pown ade keje jugak, next time kay an.
Zharfan : okay bye
No comments:
Post a Comment