Sunday, 19 June 2016

Antara persahabatan, amanah dan cinta

                                                ****
“Abang, jangan lupa balik awal hari ni”. Kata Puan Sri Nora kepada suaminya, Tan sri iskandar. “ Ada ape dekat rumah hari ni? Yusuf dengan sabrina nak datang ke?”. Tanya Tan Sri Iskandar sambil menaip komputernya. “abang lupa la tu,kan Ijui balik malaysia hari ni dah sampai dah pun dekat rumah”. Kata Puan Sri nora. “ya allah abang lupa la.” Kata Tan Sri Iskandar sambil menggaru-garu kepalanya. “jangan lupa balik awal.” Kata Puan Sri sambil menuju ke pintu hendak keluar. “okay honey i will.” Kata Tan Sri Iskandar kepada Puan Sri. Puan Sri Nora menuju ke kereta selepas berjumpa dengan suaminya. Semasa dia menuju ke tempat kereta dia ditegur oleh seorang perempuan yang cantik. “assalamualiakum auntie, ingat saya lagi tak?” tegur perempuan itu. “waalaikumussalam, ermm mcm pernah jumpa la dkt mana ya?”  kata puan sri nora yang sedang meingati wajah perempuan cantik itu. “auntie  ini syahira la kawan Ijui dekat kampung dulu.” Puan Sri nora meneliti wajah wanita yang sangat cantik itu “Ya Allah Syahira! Dah besar dah sekarang cantik pulak tuh macam model.” Gurau Puan Sri nora. Syahira terseyum malu atas pujian yang diberi oleh Puan Sri Nora. “okay la Sya  auntie nak kena cepat nie Ijui tunggu di rumah baru sampai semalam.” Kata Puan Sri Nora. Syahira agak terkejut dengan apa yang disampaikan oleh Puan Sri Nora. “Ijui balik Malaysia auntie?” tanya Syahira dengan perasaan gembira mendengar sahabatnya yang lama berpisah  sudah balik Malaysia. Puan Sri Nora mengangguk sambil tersenyum. Syahira lantas membuka handbag dan mengeluarkan kad nama yang berserta nombor  telefon lantas diberikan kepada Puan Sri Nora. “auntie ini nombor telefon Sya tolong bagi dekat Ijui.”sambil tersenyum. Puan Sri Nora melihat kad nama tersebut “ Okay nanti auntie bagi dekat Ijui, Auntie kena pergi dulu nak pergi beli barang.” Kata puan sri nora kepada syahira. Syahira mengangguk dan bersalam dengan puan seri nora. Syahira berjalan menuju ke salonnya sambil tersenyum kerana tidak sabar memberi tahu rakan-rakan yang lain berita gembira ini. Syahira mengambil telefon pintarnya yang berada dia atas meja sambil tangannya pantas skirn di telefon pintarnya.

                                                          

Didalam group whatsapp
Syahira : omg guys!!! 
Adawiyah : why Sya ? salam pun tak bagi tiba2 omg.
Zharfan : waalaikumussalam sya, hehehe..padan muka kena marah   dengan yaya :p
Syahira : asalammualaikum, hehehe... Sory2 aku terlampau happy sangat la yaya. Mne az nie aku ade berita penting nak bagi tahu nie.
Fawwaz : waalaikumusalam, ye saya. Aku busy sikit hari ni.cepat la bagi thu, aku ade meeting pulak lepas nie.
Zharfan : entah dia ni ingat aku tak ade keje lain ke nak hadap phone 24 jam.
Syahira : hek eleh! kecoh arh kau An. Kau mesej girlfriend2 kau ade pulak masa.
Zharfan : mulut kau boleh tahan bisa jugak kan?
Adawiyah : guys, jangan gaduh. Apa yang nak bagi tahu kitaorng? Hari nie yaya busy sikit banyak patient yang datang.
Syahira : okay2, sya nak bagi thu yang jui dah balik!!!!!yeay suprise tak?
Zharfan : ha! Serius arh??
Adawiyah : ha!biar betul nie kau mne kau thu.
Fawwaz : kau jumpa dia ke kau?
Syahira : taklah puan sri nora bagi tahu, aku terserempak dengan dia.
Zharfan : habis tuh kau mintak nombor telefon dia tak sya?
Syahira : tak mintak pun tapi aku ada bagi no telefon aku dekat auntie nora, aku suruh bagi dekat jui. Nanti dia call la tuh.
Fawwaz : nasib baik kau pandai sya
Syahira : kau fikir aku lembab sangat ke?
Adawiyah: aku harap dia tak lupa kan kita larh.
Fawwaz : sikit la, hehehe. Insyaallah yaya dia tak akan lupa kita.okay guys aku ada meeting nie kita sambung lain kali.
Zharfan : insyaallah dia ingat kita. ala takkan dah nak belah dah. Ni yang aq nak merajuk ni.
Syahira : kurang ajar kau kan az. Aku yakin jui masih pegang pada janji dia.nak merajuk-merajuk gi duduk dalam peti sejuk. Okay bye guys love you alls!!!
Adawiyah : aku harap macam tuh larh. Bye, aq pown ade keje jugak, next time kay an.

Zharfan : okay bye

Saturday, 4 June 2016

Antara Persahabat, Amanah Dan Cinta

                                                           1
                                                KEPULANGAN

Seorang permuda keluar dari KLIA sambil menolak troli yang penuh dengan bag pakaian. Setibanya dia di pintu seorang lelaki tua datang menjemputnya “Selamat pulang tuan Ijui, macam mana pernerbangan tuan??” kata lelaki tua itu. “Biasa la pak kasim penat sikit” kata permuda yang bernama Ijui itu. Mereka berjalan menuju ke sebuah kereta yang dipandu oleh Pak Kasim dan bertolak ke pulang ke rumah. Semasa perjalanan jui melihat ibu kota Kuala Lumpur yang telah maju jika nak dibandingkan dua belas tahun yang lepas. Pak Kasim yang memerhati Ijui melalui cermin sisi kereta menegur Ijui “ apa yang tuan tengok tuh?”.Ijui tersenyum dan menjawab “ Kuala Lumpur dah maju dah sekarang ni Pak Kasim”. “Negara memang dah maju tapi pemikiran masyarkat tak maju-maju lagi”. Ijui Cuma menangguk tanda setuju dengan orang tua itu. Di sepanjang perjalanan Ijui lebih banyak mendiamkan diri dan memerhati ibu kota negaranya yang sudah lama dia tinggalkan.

Kereta yang dipandu Pak Kasim telah sampai satu kawasan perumahan yang mewah. Pak Kasim memberi hon kepada pengawal yang menjaga kawasan perumahan itu tanda menyuruh mengangkat palang besi untuk masuk ke kawasan perumahan tersebut. Setelah pengawal mengangkat palang besi automatik itu Pak Kasim terus memandu ke rumah banglow yang besar dan mewah. Kereta diletak kan di tempat letak kereta yang boleh memuatkan lima buah kereta.  Selepas selesai parking Pak Kasim turun mengeluarkan beg pakaian oleh Ijui. “Pak Kasim tak apa biar saya yang angkat” kata Ijui kepada Pak Kasim yang kesian melihat orang tua itu mengangkat barang –barangnya. “Eh! Tak ape la tuan biar Pak Kasim yang buat tuan baru sahaja sampai mesti penat lagi pun kalau Puan Sri tahu mesti dia marah dekat Pak kasim” kata Pak Kasim. Tetapi Jui tidak sampai hati melihat Pak Kasim mengangkat barang-barangnya. Kebetulan tukang kebun yang berkerja dengan mereka iaitu Abang Murad lalu disitu. “Abang Murad, tolong Pak Kasim angkat barang saya masuk ke dalam”. Kata Ijui kepada Abang Murad. Abang Murad segara pergi menolong Pak Kasim. Sebelum itu Ijui sempat bersalam dengan Abang Murad yang sekian lama tidak jumpa setelah Ijui sambung belajar di United Kindom dua belas tahun yang lepas. Mak Jah yang sedang masak  terdengar bunyi bising dari luar pun pergi depan untuk melihat apa yang berlaku. Mak Jah yang berada di depan pintu tersenyum melihat Ijui sudah pulang. Ijui pergi ke arah Mak Jah dn terus memeluk Mak Jah yang sudah lama dia tidak jumpa, Ijui kenal Mak jah sejak dia pindah ke rumah itu. “Mak Jah apa khabar ? Lama tak jumpa rindu giler”  kata Ijui sambil memeluk Mak Jah. “ Khabar baik Ijui, Mak Jah sihat.  Ijui macam mana dekat sana cukup makan tak?” jawab Mak Jah. “cukup la tengok badan Ijui nie, tapi Jui rindu masakkan Mak Jah”. Kata Jui sambil menunjukkan badan tegapnya . “Mari la kita masuk, Mak Jah ade masakkan makanan kegemaran kamu”. “Wah mesti sedap ni? Jom la tak sabar pulak nak makan”. Kata Ijui sambil membuka kasut sejurus mendengar kata Mak Jah itu.