Tuesday, 27 December 2016

Antara persahabatan, amanah dan cinta

            *********
Ijui turun selepas solat magrib dia melihat Puan Seri Anita dan Mak Jah sedang menyiapkan makan malam. Sudah lama Ijui tak makan makanan melayu iaitu makanan kegemarannya. “Wah banyaknya makan malam nie, dah lama Jui tak makan masakkan mummy.”kata Ijui sambil menarik kerusi dan duduk. Puan Seri Anita senyum melihat gelagat  Ijui seperti budak yang diberikan gula-gula. sudah berapa lama dia terpisah dengan anaknya kerana Ijui sambung belajar di luar negara. Sedang Ijui bersembang dengan Puan Sri dan  Mak Jah dia terdengar bunyi kereta diluar rumah. Ijui berlari ke pintu untuk berjumpa Tan Sri yang baru pulang dari office. Puan Sri Nora tersenyum melihat gelagat anaknya Ijui yang seperti budak-budak sudah lama dia tidak melihat perangai kebudak-budakkan anak lelakinya itu. Ijui yang berlari terus memeluk Tan Sri Iskandar yang baru sahaja keluar dari kereta. “hahaha..Jui lama tak jumpa dah besar dah anak  daddy nie tapi perangai budak-budak tuh tak berubah” kata Tan Sri Iskandar sambil memeluk anaknya. “sudah la tuh mari la masuk makan malam dah siap nie, kita sambung berborak dekat dalam je.” Kata Puan Sri Nora yang tiba-tiba muncul dari pintu rumah. Ijui dan Tan Sri Iskandar tersenyum sambil mengatur langkah masuk ke dalam rumah.

Ijui makan makanan yang dimasak oleh Puan Sri Nora dengan begitu selera hinggakan dia ia tidak bercakap. “Berselera sungguh Jui kamu makan, tambah la Jui Puan Sri Masak banyak hari nie.” Kata Mak Jah sambil mengedukkan nasi kali ke dua untuk Ijui. Tan Sri dan Puan Sri hanya tersenyum melihat gelagat anak mereka yang seperti 10 tahun tidak makan. “ Ouh ye, before mummy terlupa.” Sambil menghulurkan bisnes card yang diberi oleh Syahira kepadanya petang tadi. Ijui berhenti makan dan mengambil bisnes card  itu dari Puan Sri Nora. Perasaan Ijui gembira kerana dapat jumpa kembali dengan kawan-kawan baiknya yang dianggap seperti saudara sendiri. Tetapi jauh di lubuk Hati Ijui dia takut berjumpa dengan saudara-saudaranya. “ Jui contact  la diorang sampai bila nak lari dari diorang lagi pun Jui dah boleh terimakan kenyataan tuh.” Kata Puan Sri yang melihat anaknya termenung melihat card  itu. Ijui hanya berdiam sahaja. “ bila Ijui nak masuk office I need you to help me handle our company.” Kata Tan Sri Iskandar. “mybe next week daddy, i want rest a few day. Can daddy?”  jawab Ijui tersedar dari lamunan selepas terfikir tentang kawan-kawannya. “okay, Daddy dengan mummy dah tua tak mampu nak handle company tuh macam dulu lagi.” Kata Tan Sri Iskandar. Puan sri yang melihat keadaan itu segera mengubah topik. “Dah habiskan makanan tuh hal office lain kali kita bincang.”

          selepas makan malam Ijui masuk ke dalam bilik dan baring diatas katil sambil melihat name card  syahira yang diberikan oleh mummy tadi. “dah jadi model dah kau sya, tercapai jugak cita-cita kau tuh ye.” Bercakap sendiri sambil tersenyum. Ijui mencapai handphone yang berada di meja kerjanya. Dia menyimpan nombor syahira didalam contact. Dia membuka whatsapp dan mencari nama syahira. Ijui teragak-agak untuk chat dengan syahira kerana dia takut syahira marah dia tentang peristiwa itu. peristiwa yang tak dapat di lupakan oleh dirinya walaupun dimata orang peristiwa itu tidak tragis tapi pada dirinya kejadian itu memberi kesan kepada dirinya hingga dia membawa dirinya ke luar negara dan meninggalkan rakan-rakannya